About Me

My photo
We like to have fun and just joke around but when it turns serious, we'll be serious alright..

13 July, 2010

PERJUDIAN BOLA (JENAYAH) HAHAHA ..

Judi bola RM419.2j ditumpas

KUALA LUMPUR 12 Julai - Ops Soga yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama sebulan bermula 11 Jun lalu sehingga berakhirnya Kejohanan Piala Dunia 2010 semalam, berjaya menumpaskan kegiatan pertaruhan bola sepak bernilai RM419.2 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayahnya, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, Malaysia juga menjadi negara kedua tertinggi terlibat dari segi nilai pertaruhan, serbuan dan tangkapan di kalangan enam buah negara Asia Pasifik, selepas Thailand.
Katanya, negara-negara lain yang menyertai Kumpulan Asia Pasifik Dalam Jenayah Terancang di Asia bagi memantau kegiatan judi bola itu adalah Singapura, Hong Kong, China dan Macau.
Mohd Bakri turut memberitahu, pihaknya sedang memantau pergerakan empat ahli perniagaan berstatus Datuk yang dipercayai dalang dalam semua sindiket perjudian bola di negara ini.
Katanya, kesemua mereka yang berusia lewat 40-an itu dikatakan telah melarikan diri ke negara jiran sebelum Ops Soga dimulakan.
"Kita percaya mereka (suspek) pasti akan pulang ke Malaysia semula kerana pasport digunakan mempunyai tarikh had berada di luar negara.
"Selain itu, kita turut memantau pergerakan mereka melalui ahli keluarga yang masih berada di dalam negara," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.
Pada 21 Jun lalu, Mohd. Bakri mendedahkan lebih tujuh orang kenamaan yang dipercayai terlibat dalam sindiket judi bola sepak Piala Dunia 2010 dikesan telah melarikan diri ke luar negara.
Berikutan itu, PDRM telah menjalinkan kerjasama risikan dengan polis antarabangsa (Interpol) sejak April lalu dan percaya akan dapat mengesan individu terbabit.
Tambah Mohd. Bakri, dalam tempoh sebulan sepanjang kejohanan bola sepak 2010 itu, pihaknya telah membuat 270 serbuan dan membuka 151 kertas siasatan berhubung perkara tersebut.
Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak 227 tangkapan dibuat pihaknya melibatkan 209 lelaki dan tujuh perempuan tempatan, seorang lelaki serta 10 wanita Indonesia.
Beliau berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada bookie, kaki judi dan ejen-ejen ah long berusia 15 hingga 73 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953.
"Antara barang yang dirampas, komputer (78), komputer riba (69), modem (62), telefon bimbit (178), mesin faks (12), kalkulator (48) dan kad jalur lebar wayarles (26).
"Turut dirampas kertas yang dicatatkan pertaruhan 450 keping dan wang tunai berjumlah RM99,266," katanya.
Mohd. Bakri menambah, sebanyak 33 tangkapan kegiatan judi bola itu telah diserahkan kepada bahagian unit Akta Penggubahan Wang Haram (AMLA).
Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak lapan kertas siasatan dibuka oleh

No comments:

Post a Comment