About Me

My photo
We like to have fun and just joke around but when it turns serious, we'll be serious alright..

13 July, 2010

Pendidikan Seni

Sifat Di Sebalik Warna



 Adakah anda mempunyai warna kegemaran? Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sifat dan watak anda.



  • Merah
  • Warna ini  melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga ,mendorong makin cepatnya denyutan nadi ,menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan.Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti,perjuangan,persaingan dan keberahian.
  • Merah Terang
  • Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan cita-cita.
  • Sifatnya : Agresif,Aktif,Garang.
  • Merah Jambu
  • Warna ini melambangkan romatik,feminin.
  • Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan,penyerahan,kesempurnaan,keayuan dan kesantunan.
  • Biru
  • Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna.Mempunyai kesan menangkan pada tekanan darah,denyutan nadi dan tarikan nafas.
  • Biru Tua
  • Perasaan yang mendalam:Konsentrasi,kooperatif,cerdas,kejujuran dan patriotik.
  • Pengaruhnya:tenang,bijaksana,tidak mudah tersinggung dan ramai kawan.
  • Biru Muda
  • Melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman.
  • Pengaruhnya:keras kepala,teguh,sering bangga diri dan berpendirian tetap.
  • Kuning
  • warna ini melambangkan kegembiraan.warna ini terdapat sifat selamba, santai ,tenang dan tidak terkesan dengan masalah.berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai harapan harapan setinggi langit dan semangatnya juga tinggi
  • Hijau
  • Warna ini melambangkan ketabahan, keinginan dan keteguhan hati.mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa.Suka dipuji.
  • Kelabu
  • Warna yang tidak jelas.tidak terang dan ia dikategorikan unik dan sukar dikaitkan dengan kecenderungan psikologi.Sifat yang neutral..
  • Hitam
  • Melambangkan kesedihan dan keseorangan.Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kebinasaan dan kepunahan.
  • Coklat
  • Suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap masa depan.
  • Ungu
  • Perpaduan antara keintiman, kemesraan, erotik, berperasaan mendalam dan peka.Kurang teliti tetapi penuh harapan dan sikap positif.Campuran warna merah dan biru dan mempunyai sikap unik kedua-dua warna tersebut.

World Cup 2010 in Amal's View

Spain


Fernando Torres with the 2010 WORLD CUP in Johannesburg,South Africa
VIVA LA SPAIN!!!




Spain's map with it's national flag.




Wonderful Barca!
Cathedral La Seu, Barcelona, Spain

Holland

One of Holland's fan during the 2010 Fifa World Cup







Holland's Lights


Germany






PAUL THE OCTOPUS!



Frankfurt's Luminale, Germany



Frankfurt, Germany


ISRAK & MIKRAJ-SAMBUTAN WARGA KOLEJ

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohaniaN.


APA YANG SAYA FAHAM TENTANG ISRAK & MIKRAJ? 

Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran. 

Firman Allah Taala bermaksud:
Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Surah al-Israa: ayat 1).

Sementara itu Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.
 

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.
(Surah an-Najm: ayat 13-18).

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa peristiwa Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad S.A.W. pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah Taala dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidrat al-Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.



DIFARDHUKAN SOLAT LIMA WAKTU: ANTARA KEJADIAN ISRAK & MIKRAJ. 




Daripada pelbagai kejadian yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. ini ada suatu hal yang amat besar dan penting yang melibatkan proses peribadatan umatnya iaitu perintah Allah Taala agar melakukan ibadat solat fardu.

Sewaktu tiba di Sidrat al-Muntaha maka Rasulullah S.A.W. telah menerima perintah Allah Taala iaitu
perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik sahaja menerima perintah tersebut tanpa banyak bicara baginda dan Jibril A.S. bersiap sedia untuk turun ke bumi.

Pada masa inilah baginda bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang bertanyakan hal itu kepada baginda. Setelah mendengar penjelasan Nabi Muhammad S.A.W. maka Nabi Musa A.S. berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan tersebut tidak akan terdaya dilakukan oleh umatmu.

Nabi Muhammad S.A.W. dan Jibril kembali mengadap Allah Taala. Jumlah bilangan waktu solat telah dikurangkan kepada 40 waktu. Apabila berjumpa Nabi Musa A.S. kemudiannya maka Nabi Musa A.S. meminta baginda kembali menemui Tuhan untuk meminta dikurangkan lagi jumlah tersebut. Setelah beberapa kali Nabi Muhammad S.A.W. berulang alik menemui Allah Taala dan pada akhirnya Allah Taala telah mengurangkan bilangan solat fardu tersebut menjadi 5 waktu sahaja.
Apabila kembali semula maka Nabi Musa A.S. masih merasakan umat Nabi Muhammad S.A.W. masih tidak terdaya untuk melakukannya dengan bilangan 5 itu. Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan bahawa beliau tidak akan mengadap Allah Taala lagi untuk memintaNya mengurangkan bilangan solat itu kerana baginda merasa malu untuk berdepan dengan Allah Taala.



Iktibar dari peristiwa ini:
1. Lebihkan masa untuk membaca mengenai peristiwa Israk & Mikraj agar anda lebih memahaminya.
2. Mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT dengan menunaikan solat 5 waktu.


Salam Ukhuwah.

bantu kepintaran kanak2 .

ARKIB : 11/07/10
PAKAR berpendapat bermain adalah proses pembelajaran paling digemari oleh kanak-kanak. Bahkan ada pandangan kanak-kanak lebih serius sewaktu mereka bermain. Ini jelas terbukti di wajah beratus kanak- kanak yang bersemangat dan ceria di Abbott's Gain EyeQ-lympix Roadshow di kompleks membeli-belah One Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Acara membina minda terbesar tahun ini mempamerkan pelbagai aktiviti yang dirancang khas dengan menggabungkan unsur-unsur keseronokan dan pembelajaran. Pada masa yang sama, aktiviti itu juga direka untuk mencabar kemahiran matematik, memori, logikal dan proses kanak-kanak mengkonsepsikan sesuatu.
Mereka sangat teruja dan seronok menyertai pelbagai aktiviti yang mencabar dan kompleks, semua dalam semangat yang baik dan keseronokan belajar. Kanak-kanak yang dapat menyempurnakan kesemua lima aktiviti membina minda membawa pulang pingat emas EyeQ-lympix, menjadikannya kebanggaan di kalangan ibu bapa.
Aktiviti tersebut termasuk gabungan kreatif ilmu sains dan aspek lain yang lebih menyeronokkan seperti muzik, mewarna, memori dan koordinasi fizikal. Ia bertujuan menyampaikan kepada ibubapa bahawa IQ merangkumi spektrum penuh pengetahuan dan tidak hanya terbatas pada sudut akademik sahaja.
Abbott Nutrition bertujuan menanam keyakinan diri, harga diri dan semangat bahawa 'setiap kanak-kanak boleh menjadi pintar dan layak menjadi EyeQ-lympian'.
Pengurus Pemasaran Bahagian Pemakanan Pediatrik Abbott Nutrition, Goh Kay Yin menekankan betapa pentingnya melengkapkan kanak-kanak untuk perkembangan mental pada usia awal dengan stimulasi dan juga khasiat yang sesuai.
"Ia seperti membina menara dengan batu-bata. Asas yang kukuh dan stabil diperlukan serta satu kombinasi blok bangunan untuk membina setinggi yang anda inginkan. Begitu juga, cara terbaik untuk memastikan anak anda mencapai potensi sepenuhnya adalah dengan memastikan bahawa mereka menerima pelbagai jenis khasiat dalam kombinasi yang sesuai.
"Terdapat tahap perkembangan mental kanak-kanak yang berbeza yang anda harus tekankan. Menentukan kemampuan yang sesuai dengan anak anda dan pada masa yang sama, memberikan stimulasi yang sesuai adalah penting. Oleh itu, Abbott Nutrition bekerjasama dengan seorang ahli psikologi perkembangan kanak-kanak untuk menghasilkan panduan bagi ibu bapa untuk lebih memahami dan membina perkembangan mental anak mereka," ujarnya.
Menarik
l Hasil penyelidikan terkini menunjukkan peningkatan pengambilan DHA tidak mencukupi untuk membantu perkembangan mata atau otak.
l Perkembangan otak yang lengkap memerlukan lebih khasiat daripada berbagai kombinasi lemak (omega 3, asid lemak omega 6, fosfolipid), vitamin dan mineral (kolina, besi, zink).
l DHA atau asid dokosaheksenoik adalah asid lemak omega-3 yang sangat penting untuk fungsi otak dan pembangunan sistem saraf dan kemampuan visual di peringkat awal kehidupan.
l Abbott Gain Plus adalah formulasi secara saintifik untuk mencapai standard emas di mana ia bukan hanya mengandungi DHA dan AA, tapi semua khasiat Eye-Q seperti fosfolipid, taurinaa, kolin, zink yang diperlukan untuk membantu perkembangan mental kanak-kanak. *Formula Gain Eye-Q yang baru dan diperbaiki terdapat dalam Gain Plus (1-3 tahun) dan Gain Kid (3 tahun ke atas) mengandungi penambahan 2 bahan baru - fosfolipid dan anti oksida - yang diperlukan untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

kenTuckY frIed ChiCkeN !~


YUMMY !!!
ANNABELLE JOY DAN
GIRLS CAPTAIN FUTSAL KOLEJ






mALAYSIA dituduh '' pencuri '' dan 'kurang ajar '

‘‘MALAYSIA itu memang pencuri dan kurang ajar,” begitulah kenyataan kasar yang berkumandang di stesen televisyen tempatan Indonesia dan diulang berkali-kali.
Kenyataan itu keluar daripada mulut seorang wakil rakyat Bali yang mengecam promosi pelancongan Malaysia di Discovery Channel yang memuatkan Tarian Pendet yang merupakan tarian penganut agama Hindu di Bali.
Mungkin perkataan pencuri dan kurang ajar itu adalah perkara biasa diucapkan oleh penduduk Indonesia khususnya di Bali, tetapi bagi rakyat Malaysia ia satu kata-kata yang sangat kesat.
Menteri Pelancongan Indonesia, Jerowacik pula menyatakan akan menyaman Malaysia kerana menggunakan Tarian Pendet di dalam promosi pelancongan.
Menurut Jerowacik, Indonesia merupakan negara yang kaya dengan kebudayaan, oleh sebab itulah Malaysia yang miskin kebudayaan sering mencuri daripada Indonesia.
Sesungguhnya kenyataan yang begitu kasar itu cukup mengejutkan penulis dan tidak seharusnya keluar daripada pemimpin mana-mana negara, apatah lagi membuat tuduhan terhadap negara tetangga.
Seingat penulis, tidak pernah pihak berkuasa atau pemimpin di Malaysia menggunakan kata-kata kesat sedemikian ketika mengulas sebarang masalah berkait dengan negara tetangga. Walaupun telah nyata kehadiran warganegara asing berkenaan menjadi punca meningkatnya kejadian jenayah rogol, bunuh, pecah rumah dan sebagainya.
Seperti biasa Malaysia walaupun dituduh sebagai pencuri, kurang ajar dan sombong, tetap merendah diri serta bertanggungjawab apabila Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Amran Mohammed Zin menyatakan permohonan maaf di atas kesilapan itu ketika dipanggil mengadap Jerowacik. Promo itu juga akan digantikan dengan yang baru, walaupun kerajaan tidak terlibat langsung dalam penerbitannya.
Jerowacik juga telah menghantar surat kepada Malaysia bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dengan kesilapan itu.
Tidak cukup itu di dalam program kuliah sempena Ramadan yang disiarkan oleh sebuah stesen tempatan, seorang ustaz juga terbawa-bawa dengan isu murahan tersebut apabila turut melabelkan Malaysia sebagai pencuri kerana kes yang sama.
Begitulah Indonesia, mereka akan membuat tuduhan melulu, tanpa usul periksa dan apabila mendapati tersilap, mereka mendiamkan diri dengan tidak berasa bersalah walaupun sekelumit.
Ternyata itu bukan promosi pelancongan oleh kerajaan Malaysia, tetapi merupakan sebuah program yang diterbitkan oleh pihak swasta iaitu penerbitan KRU yang merupakan milik Norman KRU dan kemudiannya dijual kepada Discovery Channel.
Norman sendiri telah memberi penjelasan program tersebut dihasilkan oleh syarikat penerbitannya tanpa melibatkan kerajaan Malaysia dan promo yang digunakan pula dihasilkan oleh Discovery Channel.
Norman memberitahu sebuah stesen tempatan Indonesia bahawa dia hanya menjual program kepada Discovery Channel dan tidak terlibat dalam menyediakan promo. Kesilapan adalah berpunca daripada penerbit yang tidak meneliti terlebih dahulu isi kandungan program termasuk promo yang dibuat.
Sebagai rakyat Malaysia penulis sendiri tidak pernah mengetahui tentang Tarian Pendet yang merupakan upacara penganut agama Hindu di Bali iaitu destinasi yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia bercuti. Tarian itu kemudiannya diubah suai menjadi tarian menyambut tetamu.
Kini persoalannya di mana kerajaan Indonesia mahu kaitkan penglibatan kerajaan Malaysia dalam menyediakan program tersebut.
Pepatah Melayu ada mengingatkan ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’. Kini selepas tuduhan sedemikian pastinya tidak akan ada pihak Indonesia yang akan memohon maaf kepada Malaysia walaupun kenyataan mereka melukakan hati rakyat Malaysia.
Ini bukan pertama kali pemimpin Indonesia membuat tuduhan melulu. Sebelum ini mereka menuduh Malaysia mencuri kebudayaan Indonesia apabila turut mempersembahkan Tarian Barongsai.
Malaysia juga dituduh mencuri masakan rendang serta masakan Padang dan dijadikan sebahagian daripada makanan tradisional Malaysia. Bahkan Malaysia juga dituduh pencuri kerana mempromosi batik yang berasal dari Pulau Jawa dan alat muzik Angklong.
Penulis masih ingat ketika Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan lawatan ke Indonesia, beliau juga ditanya tentang perkara itu.
Jawapan Zahid mudah: “Apakah saudara semua sanggup menuduh, saudara mara anda di Malaysia sebagai pencuri?”
Penjelasan Zahid yang berketurunan Jawa dari Yogyakarta dan boleh berbahasa Jawa halus itu memang tepat sekali.
Budaya itu dibawa oleh kaum Jawa dan kaum dari Padang bersama-sama mereka ketika berhijrah ke Malaysia kerana ia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka dan merekalah yang mengamalkan kebudayaan tersebut.
Oleh itu kebudayaan Malaysia dan Indonesia hampir sama, tetapi sesuai dengan peredaran masa ia telah diubah mengikut selera semasa.
Kini rakyat Malaysia pastinya menunggu apakah ada permohonan maaf daripada Jerowacik yang membuat tuduhan melulu terhadap Malaysia, atau seperti biasa yang diamalkan iaitu budaya ‘lempar batu sembunyi tangan’.
[RYEO~??]
KELING KOLEJ TUN DATU TUANKU HAJI BUJANG 2010 !!!
TAHNIAH ATAS KEJAYAAN ANDA !! 
POSTED BY: JAVARINA DEE ANN

reNtap;)

contoh peta!renTap !

KEDAI MAKAN RM2


Ahmad Hisham Mohamad Nazari dan Siti Norhalizah Marzuki menunjukkan salah satu hidangan RM2 di kedai mereka di Taman Indah Jaya,Teluk Intan, semalam.


TELUK INTAN 12 Julai - Jika kebanyakan pengusaha kedai makan di negara ini sentiasa berlumba-lumba untuk menaikkan harga makanan yang dijual, berlainan pula dengan sikap sepasang suami isteri di sini.
Walaupun tidak menafikan harga barang-barang meningkat setiap hari namun, pasangan ini masih juga mengekalkan harga makanan yang dijual iaitu hanya RM2 sepinggan sejak tujuh tahun lalu.
Lebih menarik, harga semurah itu ditetapkan kepada semua 18 jenis makanan panas yang disediakan termasuk nasi ayam paprik, mee goreng, kuey teow kerang, nasi goreng, mee hailam serta beberapa jenis sup.
Menurut pemilik kedai makan yang terletak di Taman Indah Jaya dekat sini ini, Ahmad Hisham Mohamad Nazari, 35, dia mengekalkan harga tersebut kerana yakin pelanggannya sentiasa bertambah setiap hari.
''Memanglah keuntungannya tidak berapa banyak tetapi kami percaya dengan menjualnya pada harga yang murah akan dapat menarik ramai pelanggan ke kedai kami," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Tambah Ahmad Hisham, dia yang dibantu oleh isterinya, Siti Norhalizah Marzuki, 33, tetap berpuas hati dengan rezeki yang diterima kerana ia lebih kepada usaha membantu orang lain.
''Kami tidak memilih kaum walaupun pelanggan yang datang India atau Cina, harga dikenakan tetap RM2 sahaja," katanya tersenyum.
Selain isteri, disebabkan pelanggan yang datang ke kedainya tidak putus-putus, dia kini menggajikan tiga lagi pekerja untuk membantu.
Sementara itu, salah seorang pelanggan, Sabre Mohd. Khalid, 48, memberitahu, dia sering membawa keluarganya makan di kedai itu kerana harga yang dikenakan adalah murah.
''Sebagai penduduk di luar Teluk Intan, boleh dikatakan saya sering membawa keluarga ke sini kerana ia sangat menjimatkan," jelasnya.
Seorang lagi pelanggan, Marina Rahim, 24, pula amat bersyukur kerana dia tidak perlu berbelanja besar untuk membeli makanan setiap hari.
''Sebenarnya susah nak cari kedai makan yang jual makanan dengan harga semurah ini dan banyak pula. Saya bersyukur sangat-sangat," katanya.